04 June 2015

KE PHUKET PART 1


Phuket bukanlah pilihan dalam kepala aku, kerana aku sudah sekian lama merancang untuk ke Aceh Indonesia melihat kesan-kesan tsunami. Pada mulanya aku ingin ke Krabi tetapi bila booking tiket tak boleh charge ke debit kad. Oleh itu terpaksa pulak beralih arah ke Phuket.Phuket pun jadilah asal naik kapal terbang. Nampak jakun kan.. kerana aku rasa semua orang akan berasa obses dengan kapal terbang.Penerbangan yang hanya mengambil masa lebih kurang 1jam 20 minit dari KLIA2. Dalam kepala nak jugak try naik train ke Hatyai tapi seteleh menserbey tiket flight yang ada promotion maka train bukanlah pilihan utama. Walaupun aku daging banyak tetapi melihatkan perjalan yang memakan masa berbelas jam seumpama aku sudah sampai ke KSA bertemu bekas pakweku di sana. Mungkin jugak faktor usia yang bertambah muda kekekeke 


Day 1 - KLIA2- PHUKET


Seperti biasa pesawat Air delay Asia yang suka berjanji keling tidak pernah menepati janji dan sering tukar gate terlewat lebih kurang sejam dari KLIA2. Kali ini aku dapat sit kat tepi tingkap, kebiasaanya aku duduk kat aisle sebab biasa travel dengan tiga orang adik. Kejakunan ku bertambah bila aku melihat pulau-pulau kat perairan Thailand nie banyak sekali. Maka aku keluarkan henpon cap ayam dan mengabdikan 5-6 keping snap shoot. 

 Leih kurang 6pm waktu kap kun kap aku selamat sampai ker Phuket. Mula ingat nak naik teksi akan tetapi bajet ciput aku pilih naik minivan ke Patong Beach dengan bayaran 180THB. Kalau naik teksi kena THB800. Nampak disitu berapa jimat dah. Tapi naik minivan kena tunggu passenger yang lain jugak tapi tak lama menunggu lebih kurang 10 minit jer gitu.

Driver minivan seorang islam yang hanya tahu 10 kosa kata mat saleh dan 10 kosa kata melayu. Dia suruh aku duduk didepan sebab yang lain semua berkapel. Walau nampak tua tapi aku rasa dia dulu adalah pelumba formula car jugak sebab kaki aku asiklah nak tekan break bila dia cilok mencilok diantara kenderaan lain. "Where are you from ?" kata pacik drebar. "I am from Malaysia "aku balas. "Alhamdullilah nice country and many muslim there". Aku senyum lebar.... "You face look nice you always sembahyang tahjud?" tanya pokcik drebar lagi. "Me?? sembahyang tahjud? sometimes" aku jawab. Kekekeke... seingat aku pertama dan last aku sembahyang tahjud ketika di university dulu. Itupun kerana terpaksa ikut kursus. Memang aku betul bertahjud waktu itu kerana aku sujud dengan penuh tertib dan tawaduk sekali  adalah dalam sepuluh minit begitu. Tapi bila aku bangun aku usha student lelaki sujud lagi lama dan ada yang tak bangun terus dari sujud maklumler tahajudkan pukul 3am kekekke.Tak banyak benda yang dapat sembang sebab perbatasan bahasa. Aku adalah orang yang terakhir turun dari minibus yang mengambil masa 45 minit dari airport ke pantai patong.

Aku  tinggal 3 hari 2 malam di Patong rose guest house. murah sekali dengan tiket kapal terbang RM350 sahaja. Not including breakfast yer. Bilik bersih bilik air bersih hotel pun bersih. Cuma kadang-kadang ada Jony the dog jer berehat kat tepi hotel tu.

DAY 2 - ISLAND HOPING, BANGLA ROAD

Bangunnya aku berpagi lagi kerana nak ikut tour pegi island hoping dan snorkeling. Banyak tour agent yang offer package tetapi kena pandai pilih. Package yang aku dapat pada mulanya dia mintak 1800THB tapi lepas nego baik punya dapatlah 1500 THB. Aku tak tauler kalau ada orang lain yang dapat lagi murah dari nie. Package nie akan pergi ke beberapa pulau dan refreshment dan lunch disediakan. Lunch semua adalah halal 100% yer tiada babi dalam menu. So minivan akan bawak berkumpul sebelum naik speed boat ke pulau dalam package yang anda beli.

Pulau yang pertama adalah Maya Bay tempat filem the beach lakonan bekas pakwe dulu. Pulau memang sangat cantik tetapi over rated oleh pelancong sehinggakan aku terpaksa duduk memandang orang daripada menikmati keindahan pulau ini. Nak mandi pun tak boleh kerana punyalah banyak speedboat yang parking kat pulau nie. Sampai aku pun lupa boat mana yang aku naik. Nasib kapten boat tu dah bagitau dia akan panggil guna wisel.

Tempat persinggahan no.2 Monkey bay yang tidak menarik langsung minat aku kerana hanya berhenti untuk memberi beruk makan. Kat Malaysia pun dah banyak beruk aku tengok sama jer paras rupa dengan beruk kat Malaysia. Cuma kadang-kadang beruk kat malaysia ada yang pandai merempit dan meragut itu ajer perbezaannya. 

Kemudian barulah dapar snorkeling adalah dalam 45 minit .. Ceh.. aku ingat bot berlabuh lamalah sikit dahlah lepas ada adik kecik aku tak lagi pegi snorkeling. Serius pada aku bayaran itu tidak memadai dengan ikan yang aku tengok. Ada 4-5 spesis ikan ajer itupun asik-asik ikan yang sama duk usha roti aku. Emphh... pulau di malaysia jugak yang paling banyak ikan. 


bersambung.....

from KLIA2-Phuket island



yippieee jakun duk tepi tingkap




malam menjelma di phuket island

.




pokcik drebar



patong guest rose house





patong beach yang masih sunyi di waktu pagi




speed boats are ready for island hoping



maya bay- ramai kena kuak orang baru nampak laut


maya bay- macam makcikkan? hahaha 
maya bay- aku rasa aku macam ayu sangat.. kekekeke



monkey bay




No comments:

Post a Comment

ermmm... ramainya over sensitive... jangan nangis kita dah balas comment :)